Tuesday, August 18, 2009

HUTAN SIMPAN LIPASO TELUPID


Untuk kali ini muarahunter sekali lagi ke pekan Telupid untuk mencuba satu lagi lubuk baru iaitu hutan simpan Lipaso.Kami bertolak dari Ranau jam 6 pagi & perjalanan ke pekan Telupid di jangkakan akan mengambil masa lebih kurang dua jam.

Peralatan untuk dibawa telah siap dikemaskan & bersedia untuk berangkat.Kami memulakan perjalanan dari rumah jam 6 pagi dan dijangkakan akan sampai di Telupid jam 8 pagi.

Berehat di tepi jalan setelah lebih satu jam memandu

Berehat di kawasan tanah tinggi & berkabus

Salah satu panorama menarik yang terdapat di kawasan rehat tersebut


Setelah hampir 2 jam berjalan akhirnya kami sampai ke simpang jalan yang dituju,iaitu hutan simpan Lipaso.Dari jalan besar ke sungai yang dimaksudkan mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan lagi kerana terpaksa melalui jalan yang berbukit & curam.Selain daripada itu kami juga terpaksa melalui jalan hutan & anak sungai.


Akhirnya kami sampai di kawasan ladang kelapa sawit yang bersempadan dengan hutan simpan tersebut.Memandangkan baru pertama kali ke tempat tersebut,maka terpaksa minta bantuan peneroka yang ada di situ untuk tunjukkan arah sungai.


Anak peneroka(Ban & Rajilin) yang akan membantu kami menunjukkan jalan ke sungai seterusnya membantu membawa peralatan memancing ke sungai


Ban & Rajilin sedang membantu ayah


Setelah berjalan kaki menyusuri ladang kelapa sawit tersebut,akhirnya sungai yang dimaksudkan itu sudah pun kelihatan..tetapi kami terpaksa lagi menuruni bukit serta meredah anak sungai untuk sampai ke lokasi memancing


Panorama indah hutan simpan Lipaso iaitu besebelahan dengan tempat yang kami tuju.Alangkah indahnya hutan ciptaan tuhan buat kita,tapi sayangnya kita jarang mensyukuri nikmat itu..


Kami juga terpaksa meredah anak sungai sebelum sampai ke lokasi memancing.





Sampan yang terdapat di anak sungai tersebut



Kami juga melalui air terjun yang cantik yang mana terletak berdekatan dengan lokasi kami memancing


Air terjun Lipaso yang belum tercemar dengan noda arus kemodenan dunia kita hari ini

Sekitar pemandangan air terjun

Akhirnya setelah meredah anak sungai dan air terjun,kami pun sampai ke lokasi yang dituju.Sungainya cantik walaupun air agak sedikit keruh.Lokasi memancing kami betul - betul terletak antara sempadan hutan simpan & kawasan kelapa sawit.


Sungainya nampak tenang dan kami berharap penampilan kali ini memuaskan..

Sampai ke lokasi memancing

Berehat sebelum memulakan aktiviti..Boleh tahan juga penat turun bukit & meredah sungai sambil memikul peralatan memancing..


Ayah tanpa membuang masa terus saja menyediakan pancing nya.

Ayah tak sabar untuk memulakan aksi..

Saya pun tanpa membuang masa,melabuhkan dua pancing bertuah yang mana tidak asing sudah dengan sungai air tawar ini.

Anak peneroka Ban yang telah membantu kami membawa barangan keperluan ke tepi sungai ini.Walaupun kehidupan mereka jauh daripada bandar serta hanya terdedah dengan persekitaran hutan ini,tetapi anak - anak ini tidak pernah mengeluh malah
mereka kelihatan begitu gembira dengan anugerah yang mereka miliki..

Rajilin..gadis sunti yang menyimpan niat untuk melihat bandar kota kinabalu satu hari nanti dan meminta agar saya membelikan nya sebuah telefon bimbit sekiranya kami datang lagi.


Ban & Rajilin sedang membuat pancing sendiri daripada bambu..Walaupun mereka ini masih lagi budak - budak tetapi mereka telah pun dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di persekitaran hutan simpan ini.
Ban & Rajilin membantu saya membuka ikan belut yang memakan umpan pancing

Pancing telah pun dipasang & kini hanya menanti gerangan sang kelah



Ayah menunggu pancingnya dengan penuh kusyuk..

Rajilin juga tidak ketingalan untuk beraksi mengunakan pancing bambu

Ban memancing di anak muara sungai


Ikan Lampam Jawa merupakan ikan pertama dari ayah dan juga merupakan ikan pertama yang kami naik kan pada hari tersebut

Ikan pertama daripada ku

Lampam Jawa seberat 1 kg penambat rasa untuk sekali lagi hadir ke tempat ini


Lampam lagi..


My Aksi ..



Satu lagi Lampam yang agak besar yang dapat ku jinakkan..

Beratus kilometer aku driv semata mata untuk dapatkan ikan ini..Hehe


Lumayan juga..sebagaian daripada hasil tangkapan ku pada hari tersebut

Ayah bersama ikan tangkapannya..


Ikan - ikan yang dapat ku jinakkan..


Saya sangat berpuas hati dengan kunjungankali ini kerana hasil tangkapan yang kami perolehi agak lumayan juga

Lampam Jawa

Sepanjang memancing hanya dua sepisis ikan ini saja yang dapat dinaikkan.

Ikan Belut

Makan Tengahari..

Walaupun hanya berlaukkan ayam ketul & ikan bilis..namun makan di tepian sungai ini amat membangkit selera.

Pose ayah sedang santai selepas makan tengahari..terbayang satu kepuasan yang sukar diungkapkan di raut wajah orang tua ini..

Panorama indah di sekitar sungai tempat kami melabuhkan pancing

Indahnya dunia tuhan..tetapi sampai bila kah ia mampu bertahan angkara kerakusan kita?

Air sungai mengalir jernih menjadi sumber kehidupan ikan di kawasan ini

Damai & Indah..jauh daripada kesibukan kota besar ku

Pancing ku tetap setia bertahan sehingga lah tiba masa untuk balik


Kayu balak berusia ratusan tahun akhirnya tersadai bukti kezaliman kita dalam mengejar kekayaan di dunia ini..Sikap ini kah yang harus kita warisi kepada anak - anak kita nanti?


Sebelum balik saya menerima pelawaan Ban & Rajilin untuk mandi di air terjun.Air terjun Lipaso ini berketinggian lebih kurang 20 meter & mengalir dari sebuah anak sungai sebelum ia memasuki sungai besar.Walaupun agak kecil tetapi sangat cantik & belum lagi tercemar.Airnya begitu jernih & sejuk.Saya percaya air terjun ini pasti akan menjadi tumpuan para pengunjung pada setiap hujung minggu sekiranya di majukan.

Rajilin & Ban begitu gembira semasa mandi di air terjun ini...Ini lah dunia kami!!!..Saya pun seakan lupa dunia luar disaat ini.

Pose menarik daripada Ban

Pose dari Rajilin

Ayah hanya mandi di lokasi memancing

Setelah siap mengemaskan barangan serta ikan yang di perolehi, kami pun mengambil keputusan untuk berangkat balik.

Dalam perjalanan balik kami terpaksa lagi melalui anak sungai & mendaki bukit untuk sampai ke kereta..

Kelihatan gunung Kinabalu berbalam dikeheningan senja daripada pekan Telupid.Dalam perjalan balik hujan mula turun & kami sampai ke Ranau setelah hari malam.

Mungkin ini lah aksi terakhir muarahunter sebelum berehat sebulan kerana Ramadhan bakal menjelang tiba..

THANK..
















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































No comments:

Post a Comment