Muarahunter sekali lagi bekesempatan ke daerah Tuaran.Selain untukmencuba teknik pancingan pantai Muarahunter juga berpeluang untuk melihat sendiri perusahaan membuat pukat yang diusahakan oleh penduduk kampung Termenung secara kecil kecilan..
Jalan kampung Termenung Tuaran
Jeti nelayan kampung Termenung
Memandangkan kampung ini berdekatan dengan laut dan sungai maka aktiviti nelayan amat sinonim dengan kampung ini.
Aktiviti menjahit dan membuat pukat sedang dijalankan oleh penduduk kampung.Pada kebiasaannya aktiviti ini mereka jalankan secara bersama bagi mengwujudkan suasana kerja yang tidak membosankan kerana kerja menjahit pukat ini agak payahdan perlukan kesabaran serta ketekunan.
Golongan kanak - kanak tidak ketingalan dalam menjalankan aktiviti ini
Proses memasang batu pukat
Kerja membuat pukat ini sangat memerlukan penelitian bagi memastikan pukat yang dihasilkan benar - benar kuat dan kukuh apabila digunakan.
Proses memasang tali & pelampung
No comments:
Post a Comment